Tuesday 29 July 2014

Tilapia Kolam Tua

Atas usaha gigih, Pak Cik Abbas, Izzaz dan Robi, seekor ikan tilapia hitam besar telah berjaya diberkas dan dibawa ke dalam tahanan. Untunglah sesiapa dapat menelannya pulak.

Ni dia rupanya tilapia yang berjaya diberkas oleh Pak Cik Abbas

Mula2 Izzaz segan jugak nak masuk, lepas tu boooh jugak masuk ke kolam

Para juri sedang asyik menghakimi 

Eidul Fitr 1435H Kesang Tua

Suasana Eidul Fitr di Kesang Tua bersama mak dan ayah

Keluarga Mak Ngah

Keluarga Dak Bas

Keluarga Dak Sah, Semangat belum sampai lagi

Keluarga Dak Pi, kesian Janius kat Glasgow tengah angkat orang angkat berat. Berat tu!

Bersama Mak dan Ayah tercinta 

Menunggu tamu setelah selesai majlis salam-salam kaut

Diruang tengah sedang berhibur depan TV

Food testing, apa yang happy sangat tu Nirma?

Hidangan istimewa: Sate Ampang

Sunday 20 July 2014

Cerita Di Sebalik Anugerah 'Mat Tampal'

Anak cucu semua tak boleh calen kecergasan Tok Yah.


Untuk pengetahuan cucu-cucu, al kisah di sebalik gelaran Mat Tampal yang dianugerahkan kepada Tok Yah.

Menurut cerita Mak Nek, Tok Ayah ni dulu memang footballer yang lincah ala2 David Beckham gitu, dan tahan lasak. Memang selalu kena mark, gamaknya. Memang Tok Yah cergas di padang bola dan setiap kali selepas game adalah kecederaan atau sengal sana sini.

Jadi kenalah tampal koyok (tahu apa koyok?) dan plaster kiri kanan depan belakang, itulah punca nama gelaran tu lekat di kalangan mereka yang seangkatan.

Tok Yah cergas bersukan sehingga selepas pencen, dalam acara lumba jalan kaki. Mana gambar Tok Yah masuk lumba jalan kaki?

Kalau ada pembetulan, pertambahan sila maklum supaya boleh buat pindaan.

Saturday 19 July 2014

Pencipta Jaguh Angkat Berat

Berapa pingat boleh gondol Janius?

Ahmad Janius, Pak Su, akan berangkat ke temasya sukan Komanwel di Glasgow, Scotland besok bersama-sama kontijen angkat berat negara. Semoga semua anak buahnya dapat bolot semua pingat yang ada. Dapat pingat balik Maksu boleh masak pengat. Tak dapat pingat sendiri mau ingat. Tahniah Janius!!!

Gathering Ramadhan 1435H

Terima kasih kepada Pijah kerana sudi menjadi host Ramadhan gathering 1435H. Juadah disediakan secara potluck dari setiap keluarga. Macam-macam ada. Roti jala, bubur som-som, ikan pari bakar, buah-buahan, pergedil, kueh-mueh, dll.