Saturday 23 August 2014

Apa itu ISTIDRAJ?

Istidraj dari Allah kepada hamba difahami sebagai ‘HUKUMAN’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya. 


ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﻳَﺤْﻴَﻰ ﺑْﻦُ ﻏَﻴْﻼَﻥَ ﻗَﺎﻝَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺭِﺷْﺪِﻳﻦُ ﻳَﻌْﻨِﻲ ﺍﺑْﻦَ ﺳَﻌْﺪٍ ﺃَﺑُﻮ ﺍﻟْﺤَﺠَّﺎﺝِ ﺍﻟْﻤَﻬْﺮِﻱُّ ﻋَﻦْ ﺣَﺮْﻣَﻠَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋِﻤْﺮَﺍﻥَ ﺍﻟﺘُّﺠِﻴﺒِﻲِّ ﻋَﻦْ ﻋُﻘْﺒَﺔَ ﺑْﻦِ ﻣُﺴْﻠِﻢٍ ﻋَﻦْ ﻋُﻘْﺒَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋَﺎﻣِﺮٍﻋَﻦْ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﺇِﺫَﺍ ﺭَﺃَﻳْﺖَ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳُﻌْﻂِﻲ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪَ ﻣِﻦْ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻋَﻠَﻰ ﻣَﻌَﺎﺻِﻴﻪِ ﻣَﺎ ﻳُﺤِﺐُّ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻫُﻮَ ﺍﺳْﺘِﺪْﺭَﺍﺝٌ ﺛُﻢَّ ﺗَﻠَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ{ ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﻧَﺴُﻮﺍ ﻣَﺎ ﺫُﻛِّﺮُﻭﺍ ﺑِﻪِ ﻓَﺘَﺤْﻨَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﺃَﺑْﻮَﺍﺏَ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْءٍ ﺣَﺘَّﻰ ﺇِﺫَﺍ ﻓَﺮِﺣُﻮﺍ ﺑِﻤَﺎ ﺃُﻭﺗُﻮﺍ ﺃَﺧَﺬْﻧَﺎﻫُﻢْ ﺑَﻐْﺘَﺔً ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻫُﻢْ ﻣُﺒْﻠِﺴُﻮﻥَ }

Telah menceritakan kepada kami [Yahya bin Ghailan] dia berkata, Telah menceritakan kepada kami [Risydin] -yakni Ibnu Sa'd Abul Hajjaj Al Mahari- dari [Harmalah bin Imran At Tujibi] dari [Uqbah bin Muslim] dari [Uqbah bin Amir] radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
(Surah Al-Anaam, 6: ayat 44)

(HR. Ahmad, no.17349, Thabrani dalam Al-Kabir, no.913, dan dishahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah, no. 414)

Istidraj secara bahasa diambil dari kata da-ra-ja (Arab: درج ) yang ertinya naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Sementara istidraj dari Allah kepada hamba difahami sebagai ‘HUKUMAN’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan adzabnya.

ALLAH berfirman,

ِ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya"
(Surah Al-Qalam, 68: ayat 44)
(Al-Mu’jam Al-Lughah Al-Arabiyah, kata: da-ra-ja).

Semua tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat, dan Allah membuat dia lupa untuk beristighfar, sehingga dia semakin dekat dengan adzab sedikit demi sedikit, selanjutnya Allah berikan semua hukumannya, itulah ISTIDRAJ.

Wallahu'alam

Dinukil dari artikel www.KonsultasiSyariah.com

Friday 22 August 2014

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

Gambar hiasan 

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin

Tuesday 12 August 2014

Walimah Shah dan Rasyidah Arina

Indah sungguh Inderagiri,
  Pantainya selesa udara nyaman,
Shah Rasyidah kini suami isteri,
  Bahagia sentiasa bertemankan iman.

Pengantin lelaki sharing light moments with the seniors sebelum nikah 

Kalau ada karaoke set hari tu Pak Uda dah nyanyi lagu Beautiful Rasyidah adaptasi lagu Beautiful Maria 

Tetamu mula mengambil tempat 

Shah senyum sampai purple muka

Geng pilot 

Untunglah menantu, mak mertua pula boleh dapat anugerah mak mertua mithali

Wahai tikar pandan terbang, bawalah kami ke hadapan tok imam!


Deep purple 

Ampang gang

Floor manager yang pastikan all the floor covered, tengok body lah beb!

Dato' Nasir, kini ahli seumur hidup POP,Persatuan Orang Pencen. 

Mak Su, General Floor Manager, tak ada dia payah...
Belah pompuan. 


Monday 11 August 2014

Walimah Yusuf Akram dan Shafikah

Dini hari memasang lukah,
  Raga buluh jejak ke tanah,
Buat Yusuf dan Shafikah,
  Semoga kekal hingga ke jannah.
SteadyYusuf dan Shafikah

Tanjak Yusuf sampai memancar kilat! Nasib baik kek tak hangus
Siapalah yang buat kek ni, menyelerakan. 

MC yang berpotensi besar 

Bersama bapak pengantin-pengantin
Petugas terover lah tu.

Mak Nek dan mak-mak sedara pengantin-pengantin 

Tok Yah dan Tuan Haji Ali Jaafar dan isteri serta Mak Long dan Pak Long

Berposing bersama bonda tersayang

One for Pak Uda's shot. Thank you.

Adik-adik pengantin-pengantin yang setia berkhidmat 
Business associates 

Family photo shot

Tuesday 29 July 2014

Tilapia Kolam Tua

Atas usaha gigih, Pak Cik Abbas, Izzaz dan Robi, seekor ikan tilapia hitam besar telah berjaya diberkas dan dibawa ke dalam tahanan. Untunglah sesiapa dapat menelannya pulak.

Ni dia rupanya tilapia yang berjaya diberkas oleh Pak Cik Abbas

Mula2 Izzaz segan jugak nak masuk, lepas tu boooh jugak masuk ke kolam

Para juri sedang asyik menghakimi 

Eidul Fitr 1435H Kesang Tua

Suasana Eidul Fitr di Kesang Tua bersama mak dan ayah

Keluarga Mak Ngah

Keluarga Dak Bas

Keluarga Dak Sah, Semangat belum sampai lagi

Keluarga Dak Pi, kesian Janius kat Glasgow tengah angkat orang angkat berat. Berat tu!

Bersama Mak dan Ayah tercinta 

Menunggu tamu setelah selesai majlis salam-salam kaut

Diruang tengah sedang berhibur depan TV

Food testing, apa yang happy sangat tu Nirma?

Hidangan istimewa: Sate Ampang

Sunday 20 July 2014

Cerita Di Sebalik Anugerah 'Mat Tampal'

Anak cucu semua tak boleh calen kecergasan Tok Yah.


Untuk pengetahuan cucu-cucu, al kisah di sebalik gelaran Mat Tampal yang dianugerahkan kepada Tok Yah.

Menurut cerita Mak Nek, Tok Ayah ni dulu memang footballer yang lincah ala2 David Beckham gitu, dan tahan lasak. Memang selalu kena mark, gamaknya. Memang Tok Yah cergas di padang bola dan setiap kali selepas game adalah kecederaan atau sengal sana sini.

Jadi kenalah tampal koyok (tahu apa koyok?) dan plaster kiri kanan depan belakang, itulah punca nama gelaran tu lekat di kalangan mereka yang seangkatan.

Tok Yah cergas bersukan sehingga selepas pencen, dalam acara lumba jalan kaki. Mana gambar Tok Yah masuk lumba jalan kaki?

Kalau ada pembetulan, pertambahan sila maklum supaya boleh buat pindaan.